LAMAN

HARI INI

EMIS SK LUYANG

(Data seperti pada 04 Januari 20)

BILANGAN GURU :

Lelaki Perempuan JUMLAH
17 36 53

BILANGAN KTBM :

Lelaki Perempuan JUMLAH
2 10 12

BILANGAN MURID:

Tahun Lelaki P'puan Jumlah
Pra 12 13 25
1 41 41 82
2 35 34 69
3 49 48 97
4 39 30 69
5 34 36 70
6 50 34 84
PKhas 26 13 39
Jumlah 286 249 535

BILANGAN MURID MUSLIM:

Lelaki Perempuan Jumlah
170 148 318

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Sambutan Hari Guru 2012 PDF Print E-mail
Written by nkk   

16 MEI 2012: SK Luyang hari ini menyambut Hari Guru dengan mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan sambutan. Acara dimulakan dengan senam robik dan diikuti acara sukaneka antara guru-guru mengikut rumah sukan.  Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

 

 
Peperiksaan Semester 1 2012 PDF Print E-mail
Written by nkk   

 
Program " BAH, MARI KITA KASI MATI AEDES" PDF Print E-mail
Written by nkk   

Program " BAH, MARI KITA KASI MATI AEDES" telah diadakan pada 30 Mac 2012 di SK Luyang dengan anjuran bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan Kelab Doktor Muda(KDM) SK Luyang. Program ini diadakan bagi menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya aedes. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon anti-denggi Sabah iaitu selebriti tempatan Sabah, En. Abu Bakar bin Ellah atau lebih dikenali sebagai Ampal. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini. Antaranya adalah pameran, senam robik, gotong-royong dan taklimat oleh Ikon Anti-Denggi Sabah. Tahniah kepada Kelab Doktor Muda kerana berjaya menganjurkan program ini.

 
Majlis Makan Malam Kelab Staf PDF Print E-mail
Written by nkk   

 

9 MAC 2012, Ming Garden Hotel. Kelab Staf SK Luyang telah menganjurkan Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh para pentadbir, guru-guru dan anggota kakitangan sokongan serta jemputan dari PIBG. Majlis ini diserikan dengan pelbagai program termasuk cabutan bertuah, Pertandingan Karoke, Persembahan guru dan banyak lagi. Majlis berakhir dalam jam 11.30 malam. Kelab Staf mengucapkan jutaan terima atas kehadiran semua guru dan kakitangan ke majlis tersebut.

 
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke 11 PDF Print E-mail
Written by nkk   

 

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah SK Luyang telah berlangsung di Kompleks Penampang pada 8 November 2011. Temasya sukan ini telah dirasmikan penutupnya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 3.30 petang. Pada tahun ini, Rumah Kuning menjadi johan keseluruhan manakala acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Merah. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah kerana dapat menjayakan sukan ini dengan cemerlang sekali.

 
Karnival Kokurikulum 2011 PDF Print E-mail
Written by nkk   

Unit Kokurikulum SK Luyang telah mengadakan Hari Karnival Kokurikulum pada 5 Oktober 2011 sebagai acara kemuncak kepada semua aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Sepanjang karnival tersebut, pelbagai aktiviti termasuk pameran, karaoke dan permainan daripada pelajar-pelajar kokurikulum diadakan. Pertandingan sukan seperti sepak takraw, bocce, bola tampar dan bola baling turut diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut.

Read more...
 
PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PDF Print E-mail
Written by nkk   
Friday, 30 September 2011 06:33

Tahniah! Tahniah! Tahniah! SK Luyang Kota Kinabalu terus melangkah ke hadapan menempa nama sebagai JUARA KUIZ KESIHATAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI yang telah diadakan di Hotel Tang Dynasty pada 20-22 September baru-baru ini.

SK Luyang yang mewakili kontinjen Kota Kinabalu berjaya menewaskan Kontinjen Kinabatangan (naib Johan) dan Kontinjen Lahad Datu (ketiga). Seluruh warga SK Luyang mengucapkan syabas dan tahniah kepada EMPAT peserta yang telah mengharumkan nama sekolah iaitu MOHD ASHMIR HJ ASITS, MUHAMAD FARID ISMAIL, SITI HASMAH JUMAIDI dan NUR ATIRAH HUSNNA HUSSIN. Sekalung tahniah juga kepada jurulatih sekolah Pn. Sharifah Hj. Ali dan Pn. Azlinah Mahidi. Cemerlang terus cemerlang!

 
Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Kemerdekaan PDF Print E-mail
Written by nkk   

Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka Faridah SK Luyang  pada 26 Ogos 2011 yang lalu. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh YDP PIBG En Zainuddin. Majlis tersebut bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-54, di samping sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga SK Luyang. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan kemerdekaan.
Read more...
 
Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sabah PDF Print E-mail
Written by nkk   

Tahniah kepada para peserta robotik SK Luyang kerana berjaya ke peringkat akhir dan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di SMESH Kota Kinabalu pada 31 Julai 2011. Semoga kejayaan ini mampu merangsang semangat peserta robotik SK Luyang pada penyertaan tahun seterusnya. SELANJUTNYA...

 
 

MUAT TURUN

PAUTAN PENDIDIKAN

PAUTAN PELAJAR

BANCIAN

Sudahkah anda mempunyai blog?
 

LOGIN PENGGUNA

Sila masukkan nama & katalaluan diruangan yang disediakan!



Belum mendaftar lagi? Sila klik CREATE AN ACCOUNT. Terima kasih!

PEPERIKSAAN UPSR

GELANGGANG SEBENAR ANDA HANYA TINGGAL
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR!

JEJAK PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini94
mod_vvisit_counterKelmarin108
mod_vvisit_counterMinggu ini94
mod_vvisit_counterMinggu lepas1700
mod_vvisit_counterBulan ini5437
mod_vvisit_counterBulan lepas8605
mod_vvisit_counterKeseluruhannya100643

We have: 3 guests online
Alamat IP Anda: 38.107.179.231
 , 
Hari ini: May 20, 2012
SK Luyang, Kota Kinabalu